Showing posts with label Herba Penawar Al Wahida. Show all posts
Showing posts with label Herba Penawar Al Wahida. Show all posts

Friday, 2 September 2011

Punca-Punca Penyakit Berpunca Daripada 5 Unsur (Teori 5 Unsur)

Menurut ilmu Perubatan Cina Kuno / Traditional Chinese Medicine (TCM), tubuh badan manusia itu terdiri daripada 5 unsur iaitu air, kayu, api, tanah dan logam. Kelima unsur ini juga mewakili 5 organ utama manusia seperti berikut:


Air : ginjal dan pundi kencing
Kayu: hati dan hempedu
Api: jantung, usus kecil dan pembuluh darah
Tanah: limpa dan perut
Logam: paru-paru dan usus besar


Hubungan antara 5 unsur


Kelima unsur tersebut saling berkaitan satu sama lain dan menghasilkan keseimbangan dinamik yang membentuk kesihatan yang berkualiti dalam diri manusia. Ketika hubungan antara organ-organ dari ke lima unsur berlainan tersebut menjadi tidak seimbang, maka situasi tersebut akan menghasilkan penyakit. Simbol unsur alam yakni air, kayu, api, tanah, dan logam adalah untuk menunjukkan sifat yang dimiliki organ-organ berkaitan. Hubungan antara lima unsur organ tubuh manusia akan mengikuti hukum-hukum tertentu yang utamanya 2 hukum sebagai berikut:



1. Hukum Menghidupi
Pada hukum menghidupi sebagaimana terlihat pada rajah di atas melalui hubungan 'menghasilkan', digambarkan bahawa air akan menghidupkan tumbuhan, tumbuhan menghasilkan kayu untuk menghidupkan api, api membakar kayu menjadi abu yang akan mensuburkan tanah, tanah yang subur biasanya akan juga mengandung unsur logam yang tinggi, lokasi dimana terdapat kandungan logam tinggi biasanya akan terdapat sebuah mata air. Organ air yang sihat yakni ginjal dan pundi kencing, akan memberikan tenaga kepada organ kayu yakni hati dan hempedu. Organ kayu yang sihat akan memberikan tenaga kepada organ api yakni jantung, usus kecil dan pembuluh darah. Organ jantung yang sihat akan memberikan tenaga pada organ logam yakni paru-paru dan usus besar. Organ logam yang sihat akan memberikan tenaga kepada organ air. Kitaran ini akan terus berputar dalam suatu keseimbangan yang dinamik.

2. Hukum Membatasi
Pada hukum membatasi sebagaimana ditunjukkan pada rajah di atas melalui hubungan menyilang atau 'menghancurkan', dapat ditunjukkan bahwa air akan memadamkan api. Pohon yang tumbuh membesar akan mendesak tanah. Api akan mencairkan logam. Tanah akan membendung air. Logam akan memotong kayu. Organ air akan membatasi organ api, misalnya ginjal yang sakit akan mengganggu fungsi jantung. Organ kayu akan membatasi organ tanah, misalnya hati yang sakit akan mengganggu fungsi limpa. Organ api akan membatasi organ logam, misalnya jantung yang sakit akan menganggu fungsi paru-paru. Organ tanah akan membatasi organ air, misalnya limpa yang sakit akan menganggu fungsi ginjal. Organ logam akan membatasi organ kayu, misalnya paru-paru yang sakit akan mengganggu fungsi hati. Dengan demikian ketika sebuah organ sakit kemudian tidak segera dirawat atau diubati, maka akibat selanjutnya akan menyebabkan organ-organ lainnya akan menjadi ikut sakit, sehingga timbul apa yang disebut sebagai sakit komplikasi yakni terjadi rantaian penyakit dari setiap unsur kerana hubungan dari Hukum Membatasi.


Berikut adalah huraian lebih lanjut tentang teori 5 unsur ini dan herba untuk memulihkan penyakit berkaitan unsur tersebut.


1. Unsur Api


Penyakit: darah tinggi / rendah, migraine, stroke, jantung koronari, depression (kemurungan), stress, sawan


Cara menjaga kesihatan : dengan beriadah setiap hari selama sekurang-kurangnya 10-15 minit.


Organ: jantung, usus kecil dan pembuluh darah


Pantang: masin, lemak, kacang-kacang, santan, makanan bergoreng


Emosi: Gembira & Marah


Warna: Merah


Rasa: Pahit


Herba penawar: Omega 3 (Lelaki (L)/Perempuan (P))


2. Unsur Kayu


Penyakit: batu hempedu, demam kepialu, hepatatis, demam, buasir, menopouse awal (PMS), sariawan, panas dalam, sembelit, cirit-birit


Cara menjaga kesihatan: dengan membuang air besar yang teratur


Organ : hati & pundi hempedu


Pantang: pedas, ayam, cili


Emosi: cemas & bimbang


Warna : hijau


Rasa : asam


Herba: Herba Tuju Angin (L/P)


3. Unsur tanah


Penyakit: Lesu, kurang darah, gemuk / kurus


Cara menjaga kesihatan: dengan  istirehat yang cukup


Organ: Limpa dan perut


Pantang: masin


Warna: kuning


Rasa: Manis


Herba: Kapsul Radix (L) / Paramaria Plus (P)


4. Unsur Air


Penyakit: diabetes, osteoporosis, gout, rosak buah pinggang, insomnia, keputihan, kolestrol


Cara menjaga kesihatan: minum air putih / kosong minimum 2.5 liter setiap hari


Organ: ginjal & pundi kencing


Pantang: manis, nasi putih


Emosi: takut, fikiran kacau


Warna: hitam


Rasa: masin


Herba: Malac (L) / Roselle (P)


5. Unsur Logam


Penyakit: TB, Resdung, Asma, Sakit kulit, Sendi, Demam Denggi, Malaria, Apendix, Prostat, Ketumbuhan, Kanser


Cara menjaga kesihatan: Senamam pernafasan selama 15 minit


Organ: Paru-paru & usus besar


Pantang: kopi, kambing, pedas


Emosi: kesal, sedih


Herba: Habbatus Sauda (L) / Spirulina (P)


Berikut adalah maklumat teori 5 unsur dalam bentuk jadual:



5 Unsur
Kayu
Api
Tanah
Logam
Air
Organ Padat
Hati
Jantung
Limpa
Paru-paru
Ginjal
Organ Berongga
Hempedu
Usus Kecil
Perut
Usus Besar
Punci Kencing
Panca Indra
Mata
Lidah
Mulut
Hidung
Telinga
Emosi
Marah
Gembira
Berfikir
Sedih
Takut
Suara
Menjerit
Tertawa
Menyanyi
Mengangis
Merintih
Set Lelaki
Herba Tuju Angin
Omega 3
Kapsul Radix
Habbatus Sauda
Malac
Set Wanita
Herba Tuju Angin
Omega 3
Paramaria Plus
Spirulina
Roselle

Tuesday, 23 August 2011

Maksud dan Tingkatan Jihad

Maksud Jihad

Jihad itu bermakna anda mengorbankan sesuatu barang berharga yang anda ada hanya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah SWT. Contoh barang berharga yang anda ada ialah MASA, TENAGA dan WANG. Para sahabat Rasulullah SAW sanggup mengorbankan nyawa sekalipun untuk mempertahankan Islam dan itulah setinggi-tinggi jihad. Jihad adalah amalan yang PALING disukai oleh Allah SWT.

Tingkatan Jihad

Tingkatan jihad itu pula adalah seperti berikut:
1) Jihad melawan hawa nafsu
2) Jihad ekonomi
3) Jihad agama
4) Jihad lain-lain seperti jihad keluarga, negara dsb

Kenapa jihad melawan hawa nafsu yang paling atas?
Dalil Naqli: Hadis dari Rasulullah SAW “Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? " Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi) Dalil Akli : Untuk seseorang itu pergi ke tingkatan seterusnya iaitu jihad ekonomi, agama dan lain-lain perlulah seseorang itu melawan dulu nafsunya iaitu sifat kedekut, sifat malas, sifat nak rileks-rileks tengok tv, sifat nanti dululah, sifat biar orang lain lah yang buat dulu dsb.


Kenapa jihad ekonomi no. 2?

Dalil Naqli: Sesungguhnya Allah menyukai hamba-Nya yang bertaqwa dan yang kaya. (Hadis riwayat Muslim dan Ibn Hibban).


Dalil Naqli: Hadis nabi “9/10 rezeki adalah dari perniagaan” dan berniaga adalah sunnah Rasulullah SAW kerana beliau berniaga dari umur 25 sehingga beliau berumur 40 tahun.


Dalil Akli: Ini kerana jika rosak ekonomi, rosaklah agamanya. (Contoh pelacur yang melacur kerana nak sara hidup. Pencuri yang mencuri kerana kelaparan) Dan jika rosak ekonomi, rosaklah politiknya. (Contoh negara tergadai / huru-hara seperti Palestin, Bosnia, Bangladesh)

Contoh jihad ekonomi ialah kumpulan Herba Penawar Al-Wahida (HPA) yang berjuang untuk:

1. Menyediakan produk halal dan toyyiban berasaskan herba untuk kesihatan dan kesejahteraan umat
2. Melahirkan usahawan-usahawan Muslim

3. Meningkatkan kedudukan ekonomi seluruh umat Islam
Kemudian jihad agama no. 3

Jihad agama itu juga ada banyak cabangnya
1) dari segi politik iaitu cita-cita nak menubuhkan sebuah negara Islam seperti kumpulan PAS
2) berdakwah seperti kumpulan Tabligh



Dalil Akli: Bolehkah sesuatu jemaah itu menubuhkan sebuah negara Islam tanpa wang? Jawapan = tidak boleh. Nak berkempen dalam pilihanraya dan beli poster perlukan wang. Bolehkah seseorang itu membuat usaha Tabligh tanpa wang? Jawapan = tidak boleh. Macamana nak bayar flight ticket, macamana nak keluar 40 hari tanpa bagi nafkah anak bini kalau takde wang.

Sebenarnya jihad itu sesuatu yang berat kerana kita perlu korbankan masa, tenaga dan wang ringgit. Saudara PERCAYALAH, pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit saudara kerana Allah akan dibalas berlipat ganda oleh Allah bukan sahaja di akhirat nanti malah di dunia ini lagi, Insya Allah.


 

Monday, 22 August 2011

Makanan ‘Halalan’ dan ‘Toyyiban’ Penyembuh Penyakit


Kehidupan kita di akhir zaman ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Kenapakah terlalu banyak penyakit yang timbul sejak akhir-akhir ini? Sekiranya zaman ibu bapa kita diabetes, darah tinggi, gout dan kerosakan buah pinggang biasanya hanya terkena pada orang tua, sekitar umur 40-an ke atas, tapi kini kesemua penyakit tersebut telah terkena pada orang muda, sekitar 30-an ke atas malah ada juga pesakit yang lebih muda, sekitar 20-an ke atas. Ini merupakan bala dari Allah. Kenapakah kita terkena bala dari Allah ini? Cuba kita renungi ayat Quran berikut:
Asy-Syura ayat 30: Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
Apakah kesalahan kita sehingga Allah menurunkan bala penyakit ini? Salah satu punca kesalahan kita ialah kurangnya penglibatan orang Islam dalam industri pemakanan. Sebahagian besar pasaran makanan halal negara kita dikuasai oleh pengeluar-pengeluar bukan Muslim. Ini adalah suatu paradok kerana mengikut unjuran Unit Perancang Ekonomi, jumlah penduduk Malaysia pada 2008 (termasuk bukan warganegara) berjumlah 27.9 juta orang dengan 13.66 juta adalah penduduk Melayu. Apa yang pelik ialah hanya lebih kurang 15% sahaja pasaran makanan halal dikuasai oleh pengusaha Muslim.
Kecenderungan umat Islam menjadi pembeli dan ketiadaan minat untuk menjadi usahawan merupakan antara sebab utama keadaan ini berlaku. Sebaliknya jika kita amati dengan mendalam bahawa seruan agama Islam itu supaya umatnya berkerja sendiri dan terlibat dalam bidang keusahawanan. Ia sebenarnya ada kaitan dengan ikhtiar membina kekuatan ekonomi umat Islam dan mengurangkan pergantungan kepada barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pengeluar bukan Islam. Sila renungkan ayat Quran ini:
Al-Maidah ayat 88: Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik (halalan toyyiban) dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
Di dalam ayat ini Allah menyuruh kita makan makanan yang ‘halalan toyyiban’. Ini bermakna makanan yang halal sahaja tidak mencukupi. Makanan kita juga perlu ada sifat ‘toyyiban’ bermakna bersifat baik lagi elok. Sekiranya kita bergantung kepada pengeluar bukan muslim dalam industri pemakanan kita, adakah kita yakin bahawa produk yang dikeluarkan oleh pengeluar bukan muslim ini menepati ciri-ciri ‘halalan toyyiban’ seperti yang dituntut dalam surah Al-Maidah ayat 88 ini? Banyak pengeluar makanan yang bukan muslim ini hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira kesan makanan tersebut terhadap masyarakat. Penyuntikan hormon, penggunaan racun serangga, penggunaan pewarna dan perasa tiruan, penggunaan bahan kimia terlarang tidak dipedulikan dengan tujuan mendapat keuntungan yang maksima. Disebabkan inilah kebanyakan makanan kita telah hilang sifat ‘toyyiban’. Ianya mungkin ‘halalan’ tapi tidak lagi ‘toyyiban’.
Oleh itu saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya ada tentang makanan ‘halalan toyyiban’ yang perlu kita ambil dan makanan yang ‘halalan’ tapi tidak ‘toyyiban’ yang perlu kita elak/kurangkan. Semoga Allah tadkirkan terdapat segolongan dari penduduk Muslim yang akan menceburkan diri dalam industri pemakanan Malaysia dan seterusnya menghasilkan makanan yang ‘halalan’ dan juga ‘toyyiban’ untuk kerahmatan dan kesenangan semua rakyat Malaysia, Insya Allah.
Makanan ‘halalal’ dan ‘toyyiban’ yang perlu kita ambil
1.  Minum air kosong bertapis melebihi 2.3 liter sehari
2.  Sayur-sayuran hijau dan berwarna seperti lobak merah, timun, tomato dan sayur-sayuran yang pahit seperti peria, kailan, sawi pahit, ulam raja, pegaga, pucuk gajus, pucuk ubi, kacang botol dan kacang panjang.
3.  Teh misai kucing – 1x / 2x sehari
4.  Madu asli (campur air suam) – 1 sudu besar 1x / 2x sehari
5.  Kapsul serbuk Habbatussauda – 1/2 kapsul sehari
6.  Nasi coklat (brown rice) / nasi herba poni Taj Mahal
7.  Ikan tanpa kepala (kepala ikan melemahkan daya ingatan)
8.  Daging tanpa lemak
9.  Buah betik, epal, delima, kurma, kismis
10. Epal hijau – 2 biji / 3 biji seminggu
11. Minyak jagung
12. Susu segar / susu fullcream – 2x sehari
13. Ayam kampung / ayam organik HPA
14. Minyak zaitun / Minyak kelapa dara – 1 sudu besar sehari
15. Minyak ikan - 1/2 kapsul sehari
16. Teh herba HPA
Makanan ‘halalan’ tapi tidak ‘toyyiban’ yang perlu kita elak / kurangkan
1.  Nescafe (merosakkan buah pinggang kerana mengandungi bahan kimia untuk menaikkan aroma) – ganti dengan kopi asli / Horlicks
2.  Teh kedai (teh rendah kualiti) -  ganti dengan kopi / Horlicks
3.  Susu pekat manis (kurang khasiat dan banyak gula) – ganti dengan fresh milk / fullcream milk
4.  Air gas (terlalu banyak gula) - ganti dengan air gas HPA yang kurang kandungan gas dan gulanya
5.  Minuman 3-in-1 (terlalu banyak gula dan creamer) - ganti dengan kopi Radix yang mengandungi 7 herba pilihan termasuk Tongkat Ali
6.  Sayur kangkung (banyak angin), kubis, bunga kubis (keputihan bagi wanita), petola, kucai, bayam (kecuali bayam pasir), kacang buncis, rebung (bisa)
7.  Pulut (banyak gula)
8.  Mee kuning (mengandungi asid boric) – ganti dengan sphagetti / macaroni / bee hoon
9.  Coffemate / creamer (bahan sintetik merosak jantung) – ganti dengan fullcream milk
10.  Roti canai (banyak minyak dan margarine) – ganti dengan capati dan tosei
11. Roti putih (kurang khasiat) – ganti dengan roti coklat
12. Nasi putih (kurang khasiat) – ganti dengan nasi coklat
13. Jambu, durian, rambutan, longan, laici, ciku, mangga, limau, limau Sunkist, limau kasturi, nenas (banyak asid dan banyak gula)
14. Kuih yang dibuat dari tepung gandum putih. (Tepung gandum putih mengandungi bahan kimia berbahaya iaitu ‘benzoyle peroxide’ iaitu agen pemutih) – ganti dengan kuih yang dibuat dengan tepung coklat.
15. Junk food seperti twisties, potato chips, pringles (tiada khasiat)
16. French fries (terlalu banyak minyak, kurang khasiat)
17. Ayam daging (dicucuk hormon agar cepat besar) – ganti dengan ayam organik HPA / ayam kampung / ayam pasar yang kulitnya berwarna kuning.
18. Fast food seperti KFC, McDonald, Burger King (tiada khasiat, banyak minyak dan lemak) - ganti dengan Radix Fried Chicken
19. Ubi, kentang, keladi, keledek (banyak gula)
20. Ikan berbisa seperti keli dan pari – ganti dengan ikan tidak berbisa seperti kembung, merah, tenggiri
21. Seafood seperti udang , kerang, sotong dan ketam (mengandungi purin yang menghasilkan asid urik) untuk mengelakkan gout
22. Naget (kurang khasiat) – ganti dengan fish fingers
23. Jeruk kering dan basah (mengandungi pengawet yang membahayakan dalam jangka masa panjang)
24. Maggie (mengandungi wax pada maggie dan MSG pada perisa)
25. Minuman berperisa seperti sunquick dan orange squash (banyak gula)
26. Coklat dan milo (banyak gula) – ganti dengan Horlicks
27. Tembikai / tembikai susu (kemungkinan ada racun Furadan 3G di dalam isi buah tersebut yang merosak buah pinggang)
28. Organ dalaman seperti hempedu, hati, jantung dan telur ikan
29. Makanan bertin dan diproses seperti sardin, Brahim’s (proses mengtin menghilangkan khasiat)
30. Telur masin (banyak garam)
31. Margerine (bahan sintetik) - ganti dengan butter (bahan asli daripada susu)
32. Ajinomoto (tiada khasiat)
33. Gula pasir – Ganti dengan pemanis asli Stevia / gula coklat

Sunday, 21 August 2011

MLM ikut syariah bukan taja downline


Oleh Najahudin Lateh

SATU isu yang sering diperkatakan dan dibincangkan melalui neraca muamalat Islam ialah berkaitan perniagaan jualan langsung (MLM). Reka bentuk MLM yang pada asalnya selari dengan syariah sering kali dilencongkan hingga menjadikannya haram.

Ironinya, peserta MLM sama ada syarikat atau ejen pengedar yang membentuk dan memandu sistem pengedaran menjadi tidak menepati hukum Islam. Hal ini boleh dikesan melalui pelan pemasaran, produk, harga, komisyen dan pelbagai elemen lain yang tidak memenuhi kontrak muamalat.
Hakikat yang perlu diakui, MLM ialah instrumen pemasaran terbaik untuk mengedar sesuatu produk atau perkhidmatan kerana pengedar yang dilantik oleh syarikat akan membentuk rangkaian pengedar lain di bawahnya.

Seterusnya mereka akan mendapat bonus, komisen atau insentif hasil daripada jualan peribadi dan rangkaian masing-masing. Daripada aspek kontrak muamalat, MLM biasanya membabitkan kontrak al-Bai (jual-beli) dan al-Ju’alah (upah).

Oleh itu, sistem pemasaran ini sewajarnya menepati semua syarat kontrak seperti produk jualan hendaklah halal, wujud ketika akad dan boleh diserah kepada pembeli. Selain itu, bonus atau komisyen hendaklah diketahui nisbahnya, dimiliki oleh syarikat dan bukan diambil daripada yuran keahlian rantaian yang ditaja pengedar.

Justeru, MLM yang patuh syariah bukannya menjalankan transaksi secara skim piramid yang menghendaki peserta baru membayar yuran dan kemudian bayaran itu diagihkan kepada pemilik skim dan upline.

Objektif utama MLM mengikut syariah adalah menjual produk dan bukannya menaja downline. Keuntungannya daripada keuntungan jualan produk bukan kutipan yuran keahlian.
Ada kala wujud dalam sistem MLM, produk hanyalah replika duplikasi laman web yang boleh menempatkan downline yang ditaja secara automatik. Sasaran sistem itu adalah menaja dan menempatkan rangkaian, bukannya untuk jualan produk.

Walaupun kebanyakan sistem sebegini mempunyai produk dalam laman tetapi ia hanya helah dan tempelan untuk mengesahkan transaksi. Ini boleh dikesan melalui jenama produk yang tidak dikenali, tetapi harganya sangat melampau berbanding produk hampir sama di pasaran.

Pemasaran secara MLM juga jauh daripada syariah apabila wujud elemen pengharaman dalam muamalat Islam seperti riba, judi, gharar (ketidakpastian) dan penipuan serta pemalsuan.
Unsur penipuan boleh dilihat melalui promosi serta gambaran melampau terhadap sesuatu produk sedangkan hakikat kualitinya tidak begitu dan harganya juga jauh lebih tinggi dengan produk setaranya di pasaran.

Kadang-kadang tipu membabitkan pengedar yang ditonjolkan dengan gambar berkereta mewah seolah-oleh syarikat yang menghadiahkan sedangkan syarikat hanya membayar deposit dan bulanannya dibayar pengedar itu sendiri.

Begitu juga gharar boleh berlaku apabila ‘upline’ memperoleh keuntungan daripada jualan ‘downline’ dengan hanya duduk goyang-kaki. Segala usaha jualan dilakukan oleh ‘downline’ tetapi ‘upline’ memperoleh habuan kerana terbabit sebagai penaja.

Justeru, semua perkara itu hendaklah dielakkan bagi menjamin rezeki yang diperoleh halal dan berkat. Sikap berhati-hati dan memilih menurut piawai syarat perlu diutamakan daripada impian dan nafsu kekayaan melimpah ruah.

Penulis ialah Pensyarah di Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MLMikutsyariahbukantajadownline/Article (2011/06/13)

Sistem Multi Level Marketing (MLM)


Sistem MLM sebenarnya bukan sistem ciptaan manusia tapi sebenarnya sistem yang ditiru dari Sunnatullah atau hukum Allah. 

Dalil Naqli#1: Berdasarkan hadis Nabi SAW - Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka (Hadis riwayat Abu Hurairah). Ini bermakna downline tetap mendapat pahala tetapi pada masa yang sama 100% daripada pahala downline juga akan diperolehi oleh upline.

Tetapi sistem MLM manusia tidak mampu untuk meniru secara 100% sistem MLM Allah. Sistem MLM manusia hanya memberi sedikit % dari bonus downline kepada upline. Dengan % bonus yang sedikit ini telah menyebabkan ramai leaders di dalam MLM di Malaysia yang menjadi millionaire. Ternyatalah sistem MLM Allah itu jauh lebih hebat dari sistem MLM manusia, kerana Allah memberi 100% pahala downline kepada upline sekiranya seorang upline itu berjaya mendidik downlinenya menjadi seorang yang diredhai Allah.

Oleh yang demikian, antara amalan yang paling disukai oleh Allah dan paling banyak pahalanya ialah berdakwah. Malah pahala dari ilmu yang bermanfaat itu akan berterusan walaupun orang yang mengajar itu sudah tiada lagi di dunia ini selagi anak dan cucu cicit muridnya berterusan mengamalkan apa yang diajar oleh gurunya itu.

Tetapi sebenarnya amalan yang PALING disukai oleh Allah ialah berjihad di jalannya. Jihad bermakna anda mengorbankan barang berharga yang anda ada semata-mata keranaNya. Contoh barang berharga yang anda ada ialah MASA, TENAGA dan WANG RINGGIT. Kenapa bersama dengan HPA dikatakan satu  jihad? Ini kerana anda berusaha dan memperjuangkan makanan halalan dan toyyiban yang diusahakan oleh umat Islam untuk kepentingan umat Islam kerana Allah SWT.

Dalil Akli#1: Kita percaya berbuat baik dibalas baik dan berbuat jahat dibalas jahat. Maksudnya sekiranya kita korbankan wang, masa dan tenaga di dunia ini kita mengharapkan Allah membalas dengan wang, masa dan tenaga di akhirat kelak. Keajaiban sistem MLM ialah wang, masa dan tenaga yang dikorbankan akan mendapat balasan wang, masa dan tenaga di dunia ini lagi. Adalah biasa untuk leaders yang berkecimpung lama dalam MLM untuk mendapat income 10k / 20k / 30k setiap bulan tanpa perlu bekerja lagi. Bermakna mereka sudah dapat kembali wang, masa dan tenaga yang dikorbankan dulu di dunia ini lagi, apatah lagi di akhirat kelak.

Dalil Naqli#2: Berdasarkan ayat Al-Quran: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berjihad untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (As-Saff ayat 3)
Dalil Aqli#2: Dalam ayat di atas, disebut 2 katakunci iaitu bangunan dan tersusun kukuh. Bangunan apakah yang paling kukuh di dunia ini? Jawapannya ialah pyramid yang masih tidak rosak walaupun sudah dimakan usia beribu-ribu tahun. Jadi, untuk membina jemaah yang kukuh perlulah ditiru bentuk pyramid dan bentuk inilah yang digunakan oleh sistem MLM.
Sistem MLM juga adalah jalan paling pintas untuk membina jemaah kerana ianya berdasarkan gandaan. Saya bagi contoh:

Bulan                  Formula                                               Bilangan ahli
pertama             permulaan                                           1
kedua                 1+1x13                                                 13+1
ketiga                 1+1x13+13x23                                    313

Ini adalah satu formula yang hebat kerana dalam masa 3 bulan sahaja sudah berjaya mengumpul seramai 313 ahli.

Oleh itu saya ingin menjemput sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli di bawah saya dalam syarikat MLM HPA.
 
IRWAN HAKIMI
0133977026