Kehidupan kita di akhir zaman ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Kenapakah terlalu banyak penyakit yang timbul sejak akhir-akhir ini? Sekiranya zaman ibu bapa kita diabetes, darah tinggi, gout dan kerosakan buah pinggang biasanya hanya terkena pada orang tua, sekitar umur 40-an ke atas, tapi kini kesemua penyakit tersebut telah terkena pada orang muda, sekitar 30-an ke atas malah ada juga pesakit yang lebih muda, sekitar 20-an ke atas. Ini merupakan bala dari Allah. Kenapakah kita terkena bala dari Allah ini? Cuba kita renungi ayat Quran berikut:
Asy-Syura ayat 30: Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
Apakah kesalahan kita sehingga Allah menurunkan bala penyakit ini? Salah satu punca kesalahan kita ialah kurangnya penglibatan orang Islam dalam industri pemakanan. Sebahagian besar pasaran makanan halal negara kita dikuasai oleh pengeluar-pengeluar bukan Muslim. Ini adalah suatu paradok kerana mengikut unjuran Unit Perancang Ekonomi, jumlah penduduk Malaysia pada 2008 (termasuk bukan warganegara) berjumlah 27.9 juta orang dengan 13.66 juta adalah penduduk Melayu. Apa yang pelik ialah hanya lebih kurang 15% sahaja pasaran makanan halal dikuasai oleh pengusaha Muslim.
Kecenderungan umat Islam menjadi pembeli dan ketiadaan minat untuk menjadi usahawan merupakan antara sebab utama keadaan ini berlaku. Sebaliknya jika kita amati dengan mendalam bahawa seruan agama Islam itu supaya umatnya berkerja sendiri dan terlibat dalam bidang keusahawanan. Ia sebenarnya ada kaitan dengan ikhtiar membina kekuatan ekonomi umat Islam dan mengurangkan pergantungan kepada barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pengeluar bukan Islam. Sila renungkan ayat Quran ini:
Al-Maidah ayat 88: Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik (halalan toyyiban) dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
Di dalam ayat ini Allah menyuruh kita makan makanan yang ‘halalan toyyiban’. Ini bermakna makanan yang halal sahaja tidak mencukupi. Makanan kita juga perlu ada sifat ‘toyyiban’ bermakna bersifat baik lagi elok. Sekiranya kita bergantung kepada pengeluar bukan muslim dalam industri pemakanan kita, adakah kita yakin bahawa produk yang dikeluarkan oleh pengeluar bukan muslim ini menepati ciri-ciri ‘halalan toyyiban’ seperti yang dituntut dalam surah Al-Maidah ayat 88 ini? Banyak pengeluar makanan yang bukan muslim ini hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira kesan makanan tersebut terhadap masyarakat. Penyuntikan hormon, penggunaan racun serangga, penggunaan pewarna dan perasa tiruan, penggunaan bahan kimia terlarang tidak dipedulikan dengan tujuan mendapat keuntungan yang maksima. Disebabkan inilah kebanyakan makanan kita telah hilang sifat ‘toyyiban’. Ianya mungkin ‘halalan’ tapi tidak lagi ‘toyyiban’.
Oleh itu saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya ada tentang makanan ‘halalan toyyiban’ yang perlu kita ambil dan makanan yang ‘halalan’ tapi tidak ‘toyyiban’ yang perlu kita elak/kurangkan. Semoga Allah tadkirkan terdapat segolongan dari penduduk Muslim yang akan menceburkan diri dalam industri pemakanan Malaysia dan seterusnya menghasilkan makanan yang ‘halalan’ dan juga ‘toyyiban’ untuk kerahmatan dan kesenangan semua rakyat Malaysia, Insya Allah.
Makanan ‘halalal’ dan ‘toyyiban’ yang perlu kita ambil
1. Minum air kosong bertapis melebihi 2.3 liter sehari
2. Sayur-sayuran hijau dan berwarna seperti lobak merah, timun, tomato dan sayur-sayuran yang pahit seperti peria, kailan, sawi pahit, ulam raja, pegaga, pucuk gajus, pucuk ubi, kacang botol dan kacang panjang.
3. Teh misai kucing – 1x / 2x sehari
4. Madu asli (campur air suam) – 1 sudu besar 1x / 2x sehari
5. Kapsul serbuk Habbatussauda – 1/2 kapsul sehari
6. Nasi coklat (brown rice) / nasi herba poni Taj Mahal
7. Ikan tanpa kepala (kepala ikan melemahkan daya ingatan)
8. Daging tanpa lemak
9. Buah betik, epal, delima, kurma, kismis
10. Epal hijau – 2 biji / 3 biji seminggu
11. Minyak jagung
12. Susu segar / susu fullcream – 2x sehari
13. Ayam kampung / ayam organik HPA
14. Minyak zaitun / Minyak kelapa dara – 1 sudu besar sehari
15. Minyak ikan - 1/2 kapsul sehari
16. Teh herba HPA
16. Teh herba HPA
Makanan ‘halalan’ tapi tidak ‘toyyiban’ yang perlu kita elak / kurangkan
1. Nescafe (merosakkan buah pinggang kerana mengandungi bahan kimia untuk menaikkan aroma) – ganti dengan kopi asli / Horlicks
2. Teh kedai (teh rendah kualiti) - ganti dengan kopi / Horlicks
3. Susu pekat manis (kurang khasiat dan banyak gula) – ganti dengan fresh milk / fullcream milk
4. Air gas (terlalu banyak gula) - ganti dengan air gas HPA yang kurang kandungan gas dan gulanya
5. Minuman 3-in-1 (terlalu banyak gula dan creamer) - ganti dengan kopi Radix yang mengandungi 7 herba pilihan termasuk Tongkat Ali
6. Sayur kangkung (banyak angin), kubis, bunga kubis (keputihan bagi wanita), petola, kucai, bayam (kecuali bayam pasir), kacang buncis, rebung (bisa)
7. Pulut (banyak gula)
8. Mee kuning (mengandungi asid boric) – ganti dengan sphagetti / macaroni / bee hoon
9. Coffemate / creamer (bahan sintetik merosak jantung) – ganti dengan fullcream milk
10. Roti canai (banyak minyak dan margarine) – ganti dengan capati dan tosei
11. Roti putih (kurang khasiat) – ganti dengan roti coklat
12. Nasi putih (kurang khasiat) – ganti dengan nasi coklat
13. Jambu, durian, rambutan, longan, laici, ciku, mangga, limau, limau Sunkist, limau kasturi, nenas (banyak asid dan banyak gula)
14. Kuih yang dibuat dari tepung gandum putih. (Tepung gandum putih mengandungi bahan kimia berbahaya iaitu ‘benzoyle peroxide’ iaitu agen pemutih) – ganti dengan kuih yang dibuat dengan tepung coklat.
15. Junk food seperti twisties, potato chips, pringles (tiada khasiat)
16. French fries (terlalu banyak minyak, kurang khasiat)
17. Ayam daging (dicucuk hormon agar cepat besar) – ganti dengan ayam organik HPA / ayam kampung / ayam pasar yang kulitnya berwarna kuning.
18. Fast food seperti KFC, McDonald, Burger King (tiada khasiat, banyak minyak dan lemak) - ganti dengan Radix Fried Chicken
19. Ubi, kentang, keladi, keledek (banyak gula)
20. Ikan berbisa seperti keli dan pari – ganti dengan ikan tidak berbisa seperti kembung, merah, tenggiri
21. Seafood seperti udang , kerang, sotong dan ketam (mengandungi purin yang menghasilkan asid urik) untuk mengelakkan gout
22. Naget (kurang khasiat) – ganti dengan fish fingers
23. Jeruk kering dan basah (mengandungi pengawet yang membahayakan dalam jangka masa panjang)
24. Maggie (mengandungi wax pada maggie dan MSG pada perisa)
25. Minuman berperisa seperti sunquick dan orange squash (banyak gula)
26. Coklat dan milo (banyak gula) – ganti dengan Horlicks
27. Tembikai / tembikai susu (kemungkinan ada racun Furadan 3G di dalam isi buah tersebut yang merosak buah pinggang)
28. Organ dalaman seperti hempedu, hati, jantung dan telur ikan
29. Makanan bertin dan diproses seperti sardin, Brahim’s (proses mengtin menghilangkan khasiat)
30. Telur masin (banyak garam)
31. Margerine (bahan sintetik) - ganti dengan butter (bahan asli daripada susu)
32. Ajinomoto (tiada khasiat)
33. Gula pasir – Ganti dengan pemanis asli Stevia / gula coklat
No comments:
Post a Comment